Saturday, December 5, 2009

My Best Friend

Cooney Jaime

Seorang yang beriman, matang dan berfikiran busniess. Sentiasa mengutamakan keluarga dalam segala hal. Seorang yang mempunyai wajah macho dan sentiasa kemas dalam setiap perkara. Pembersih dan sentias berfikiran positif. Dia antara kawan baik saya yang paling berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Pertemuan kami bermula pada tahun 1994 ketika kami sama-sama menuntut di SMK Bingkor dan kebetulan tinggal bersama-sama di asrama sekolah tersebut. Beliau juga adalah kawan baik kepada Japrin Thomas . Melalui Japrin Thomas lah sebenarnya saya mengenali penama Cooney Jaime. Ketika di SMKB kami sentiasa bersama-sama ketika belajar 'kuliah malam' dan semasa gotong-royong. Kebetulan dia ini adalah lahir dari keluarga yang memang berbudi bahasa, ada sedikit bekalan kewangan dibekalkan oleh keluarga, maka setiap malam dia akan belanja makan kuih selapas kuliah malam di asrama.

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan semasa dia membawa saya balik ke kampungnya di Kg. Bunga Raya keningau. Yang mana pada ketika itu lah kemudiannya mengenali keluargnnya dengan lebih dekat. Ibunya memang peramah dan amat menyenangkan. Ibunya sentiasa memastikan makan dan minum kami terjaga. Paling diingati ialah masakan mi goreng ibunya yang memang sedap dan amat menyelerakan. Masih saya ingat pada ketika itu harga mi goreng adalah 20 sen, dan lagi satu aiskrim buatan sendiri. Memang seronok lah kalau dapat bersama-sama dengan keluarga Cooney ini. Sesuatu pengalaman yang sememangnya sukar untuk dilupai sehingga sekarang.

Setahu saya sepanjang persahabatan kami, hanya sekali sahaja kami ada berselisih faham iaitu ketika di tingkatan 3. Iaitu perselisihan faham berlaku kerana Dia tidak meminjamkan kepada saya brush lukisan. Saya sedih kerana dia tidak bagi pinjam brush lukisan sehingga kami tidak bertegur dalam masa 2 minggu. Tapi selepas itu, kami jadi baik semula selepas Japrin Thomas memainkan peranannya dan akhirnya kami pun berdamai semula seperti biasa.

Dipendekkan cerita, pada tahun 1998 selepas menduduki peperiksaan SPM Cooney Jaime telah melanjutkan pelajaran ke sebuah Kolej di Negeri Melaka lebih kurang 6 bulan sahaja. Selepas results SPM diumumkan, kami sambung semula study di tingkatan 6 di SMK Gunsanad pada tahun 1999.

Cerita paling seronok masa tingkatan 6 rendah. Cooney akan ambil saya dari rumah sewa di pekan Keningau sewal jam 6.30am, lepas itu brackfirst di kedai cina sebelum masuk kelas. Masa tingkatan 6 rendah dulu, rutin hidup saya iaitu pagi sekolah dan malam kerja part time di sebuah hotel di pekan keningau. Pada tahun 2000 kami masuk asrama dan sekali 'diraging' oleh senior. Banyak cerita siok masa first-first masuk asrama di SMK Gunsanad.

Dipendekkan cerita Cooney contineu his busniess dengan family dia di Ranau Sabah hingga sekarang. Dan si Cooney sekarang telah berjaya kerana kini memiliki lesen kontraktor sendiri. Cooney sekarang sudah kahwin dan ada anak 3 orang. Isterinya seorang cikgu dan mereka kini menetap di Ranau. Dan antara sahabatku yang paling berjaya dalam kewangan ialah si Cooney. Dijangka perniagaannya akan terus meningkat dan saya sangat bangga kerana mempunyai sahabat yang begitu komited dalam legasi perniagaannya. Semoga Cooney akan terus berjaya dan berjaya....