Sunday, January 30, 2011

...My life in 2010...

Alamak! baru saya sedar... saya telah meninggalkan Blog ini sepanjang 2010 tanpa update langsung. Dan sedar punya sedar kini dah Jan 2011. Baru saya sedar mcm2 peristiwa tlh berlaku sepanjang tahun 2010 dalam kehidupan saya. Paling bermakna sebenarnya apabila tahun 2010 itu telah mencipta sejarah baru dalam hidup saya apabila:- (i) Telah tamatkan bujang, (ii) Dan telah ada anak (ALENDRA) dan (iii) Telah start main pukul2 Golf hehehee......Apa pun saya merasa cukup senang dengan peristiwa sepanjang tahun 2010 dan rasa-rasanya apa yang diidam-idamkan sepanjang tahun 2010 itu telah tercapai....

Dan kini 2011?? Apakah pada tahun ini azam saya tercapai... Sebenarnya pada tahun ini ada 3 azam yg telah saya tetapkan iaitu:- (i) Kurangkan berat badan at least 2-3kg, (ii) Tingkatkan mutu dan kualiti cara bekerja dan (iii) Simpan duit hehehe.... Saya berharap agar azam saya pada tahun 2011 ini akan tercapai...Klu tercapai azam ini, saya berharap ia akan memberi inspirasi kepada diri saya sendiri dan kwn2 yg sentiasa mengambil berat tentang diri saya. Apa pun semoga tahun 2011 ini akan memberi kejayaan kepada semua org yg mahu berjaya... Good luck dan selamat menempuh tahun 2011 dengan penuh harapan....