Monday, June 27, 2011

Usaha tangga kejayaan...

Kata-kata hikmat ini adalah mutiara yang tidak ternilai harganya.... setiap orang yang berjaya perlukan kesabaran dan ketekunan. Kejayaan juga tidak boleh dikecapi dalam sekelip mata. Kejayaan itu umpama menaiki tangga kerana, usaha perlu dibuat secara satu persatu... naik tanga step by step... Jadi siapa yang mengatakan bahawa kejayaan bolah diperolehi dalam sekelip mata itu adalah kenyataan yang becanggah dengan alam dan logik. Kepada sahabat-sahabat yang sedang berusaha meniti kejayaan, saya ucapkan selamat maju jaya, teruskan usaha.. dan yang paling penting ialah jangan mudah berputus asa... Selamat berusaha!

Sunday, February 6, 2011

Cerita Bola Sepak

Saya sebenarnya sudah lama menjadi peminat setia kepada sukan bola sepak di England iaitu EPL. Hampir 50% pemain utama dalam EPL ini saya kenal tertuamanya pemain daripada Mand Utd, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Manc City. Namun sehingga sekarang, setiap kali diadakan perlawanan saya masih sukar untuk menentukan jumlah jaringan yg bakal dihasilkan. Tetapi saya ada Cikit firasat dan dapat mengagak pasukan mana yg bakal menang dalam satu2 perlawanan...
Apa yg lebih menarik tentang bola sepak EPL ni kan ialah cara permainan mereka mainkan yg mana cukup menghiburkan saya. Saya akan rasa amat terhibur apabila berlaku pertembungan dua geregasi bola sepak EPL bertemu sesama. Dan pada tahun ini saya sudah berkira-kira tentang kedudukan carta EPL sehingga di akhir musim ini. Dan berikut adalah sedikit analisis saya; Pertama: MU, Kedua; Mand City, Ketiga; Arsenal dan keempat Chelsea. Kelima: Liverpool.....Namun apa yang menarik ialah perebutan di slot liga juara-juara iaitu di tempat keempat. Nampaknya perebutan ini akan didominasikan oleh antara Chelsea dan Liverpool.
Apa pun kepada member2 yg suka cerita pasal EPL ni... teruskan menonton dan selamat menikmati keseronakan menonton.....

Sunday, January 30, 2011

...My life in 2010...

Alamak! baru saya sedar... saya telah meninggalkan Blog ini sepanjang 2010 tanpa update langsung. Dan sedar punya sedar kini dah Jan 2011. Baru saya sedar mcm2 peristiwa tlh berlaku sepanjang tahun 2010 dalam kehidupan saya. Paling bermakna sebenarnya apabila tahun 2010 itu telah mencipta sejarah baru dalam hidup saya apabila:- (i) Telah tamatkan bujang, (ii) Dan telah ada anak (ALENDRA) dan (iii) Telah start main pukul2 Golf hehehee......Apa pun saya merasa cukup senang dengan peristiwa sepanjang tahun 2010 dan rasa-rasanya apa yang diidam-idamkan sepanjang tahun 2010 itu telah tercapai....

Dan kini 2011?? Apakah pada tahun ini azam saya tercapai... Sebenarnya pada tahun ini ada 3 azam yg telah saya tetapkan iaitu:- (i) Kurangkan berat badan at least 2-3kg, (ii) Tingkatkan mutu dan kualiti cara bekerja dan (iii) Simpan duit hehehe.... Saya berharap agar azam saya pada tahun 2011 ini akan tercapai...Klu tercapai azam ini, saya berharap ia akan memberi inspirasi kepada diri saya sendiri dan kwn2 yg sentiasa mengambil berat tentang diri saya. Apa pun semoga tahun 2011 ini akan memberi kejayaan kepada semua org yg mahu berjaya... Good luck dan selamat menempuh tahun 2011 dengan penuh harapan....