Wednesday, November 11, 2009

My First Best Friend

Japrin Thomas
Seorang yang bijak, creatif dan berinspirasi. Merupakan sepupu pertama (bapa saya dan bapa dia) adalah adik beradik. Kami telah berkawan sejak Ogos 1981. Sebab dia lahir Ogos 1981, saya lahir Mei 1981 dan sejak itulah kami terus jadi kawan sehinggalah sekarang. Mengingatkan peristiwa menarik di usia 5-12 tahun, yang mana rumah dan kampung kami dijarakan lebih kurang 20 kilometer. Namun begitu, setiap kali ada perayaan kami akan berjumpa terutama sekali semasa sambutan Pesta Menuai Padi. Yang menariknya, apabila diadakan pertandingan sukan iaitu sukanneka, kami berdua pasti akan bergandingan bersama dan selalunya akan memenangi pertandingan tersebut. Expecially pertandingan 'lari ikat kaki' dan makan buah-buahan 'tergantung' heheheeee... dan biasanya selapas pertandingan diadakan, kami berdua akan berlari bersama-sama ke sungai Luanti Baru, Keningau, Sabah dan kemudiannya mandi dalam keadaan berbogel heheheee....
Ketika usia 13-17 tahun, kami sama-sama bersekolah di SMKB. dan tinggal di asrama/hostel. Di waktu inilah kami menjadi harapan baru kepada sekolah dan asrama kerana kami dilihat lebih 'berdisiplin' dan patuh kepada semua arahan dan peraturan asrama. Kami dipisahkan dengan bilik darjah kerana Dia lebih pandai daripada saya. Seingat saya, si Japrin ini adalah antara 'top student' di zaman saya. Setiap kali exam dia akan menjuarai ketegori Matematik, sebab itulah saya telah bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga saya mendapat keputusan exam yang baik ketika di tingkatan 2. Saya akhirnya berpeluang dinaikkan kelas diantara pelajar yang terbaik dan duduk bersama dengan dia Japrin. Kemuncaknya ketika di tingkatan 5, Dia jadi ketua pengawas sekolah dan saya menjadi setiausaha. Saya ketua pengawas library dan PBSM. Kami berdua adalah sama-sama pengawas asrama dan control asrama tersebut dengan jayanya. Kira kami berdua ini adalah antara pelajar yang terbaik ketika itu 1998 di SMKB.
Dipendekkan cerita selepas form 5, si Japrin contineu study 'Diploma' di Politeknik Kota Kinabalu. Saya masuk form6 di SMKG. Kemudian selepas si Japrin selesai Diploma dia dapat tawaran sambung study di UPSI tetapi dia tolak sebab dia dapat kerja Govemant "Penguasa Alam Sekitar' d KK. Saya pula masuk UMS.
Lagi dipendekkan cerita, si Japrin sudah kahwin anak 3. Isterinya memang cantik dan sangat peramah iaitu berasal dari Kota Belud. Si Japrin adalah kawan saya yang terbaik sepanjang hidup. Perangai yang Baik dan buruk hanya kami berdua saja yang tahu. Kalau dulu beratnya hanya lebih kurang 60 Kg, sekarang berat badannya mencecah 80 kg. Sebagai tambahan, si Japrin sekarang ini adalah antara golongan profesional dalam bidang fotografer. Beliau menjalankan operasinya di Seluruh Sabah khususnya daerah KK dan Keningau. Buat masa ini beliau telah menjadi 'Part Time Photografer Profesioal' di SABAH dan boleh layari laman webnya iaitu http://www.japrin.blogspot.com/ . Saya ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih yg lagi banyak-banyak kepada si Japrin kerana memberi saya discaunt 50% untuk shoting di majlis wedding saya pada hujung tahun ini 2009.Ponsikou yg tidak terhingga... Semoga Perniagaan Japrin terus maju dan saya doakan productnya akan menjadi satu jenama yg dikenali dan disegani di rantau ini... Yakin Boleh, Yakin Pasti dan semangat boleh....

8 comments:

  1. thank you very much for this memorable story brother... I know u also remember all of our beloved memory.. :) I know that we will be a good friends until end of the time we here in the poor world.. :)

    * Thanks for hiring too as your official photogs for your wedding.. :) Congrats in advance brother.. God bless both of you!

    ReplyDelete
  2. huhu.. sedih sia sekijap baca cerita menyentuh jiwa si kupung ni...

    ReplyDelete
  3. Utk makluman, ci kipa ni adalah antara saksi persahabatan kami, saya ingat mau ka c masuk juga stori tajuk dia "Kipa + kiput + pirut dan kupung" tunggu dan to be contineu...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. bahaya tu cerita lama2 .. bahaya.. hahahaa

    ReplyDelete
  5. itu laman web ko salah lah boss.. bukan pirut.blogspot.com.. tapi japrin.blogspot.com bah.. hehe

    ReplyDelete
  6. OK untuk makluman dan pembetulan laman web si Japrin yag betul adalah japrin.blogspot.com. Jadi Blog saya ni, ma c belum update2 lg... bz bei. Ko bersetuju ka dgn tajuk baru saya cadang di atas tu bos?

    ReplyDelete
  7. as japrin said.. cerita lama biarlah bkubur geng..:) Bah, cant wait for your updates.. best ni baca2 blog org.. tp sy sendiri malas mau memblogging.. :p

    ReplyDelete
  8. Ni blog msh hidup ka aaa?? Hehe

    ReplyDelete